<<Bahagian 3. 3 bahan penting>>

Bab 14.
 
Gerakan Taekwondo dan rentak dalam keharmonian

 

Faktor terpenting dalam membaca rentak lawan merupakan perubahan dalam cara pernafasan dalaman. Nafas merupakan aliran utama kehidupan dan gerakan dan perubahan berasal dari proses kehidupan. Anda boleh bergerak hanya kerana anda hidup, dan perubahan dalaman dan luaran cenderung menjadi harmoni antara satu sama lain membentuk sesuatu yang lebih luas. Tiada gerakan lawan yang hidup tetapi diasingkan dari rentak pernafasannya. Gerakan keras yang seharmoni dengan pernafasan tidak menghabiskan tenaga tetapi gerakan lembut yang tidak selari dengan pernafasan akan meletihkan otot dan seluruh badan. Gerakan manusia yang paling sempurna merupakan pernafasan.

Maka, nafas menyebabkan pergerakan, gerakan membentuk rentak dan rentak menentukan jarak merupakan prinsip dalam Taekwondo. Jarak dalam Taekwondo adalah jurang antara apa yang anda dan lawan anda mahu, maka anda menyembunyikan nafas anda dan menangkap nafas lawan, boleh menyembunyikan matlamat dan menjangka matlamat lawan. Jarak antara anda dan lawan akan diisi dalam proses ini. Jarak yang disebabkan rentak menentukan serangan dan pertahanan yang berkait dengan semangat untuk hidup. Maka boleh dikatakan bahawa untuk hidup dalam Taekwondo adalah setara dengan mempunyai rentak yang sempurna dalam dunia. Kehidupan dan proses terkandung dalam dunia.

Gerakan yang betul dalam Taekwondo melangkaui rentak yang betul beserta adaptasi anda dan lawan. Tidak kira gerakan tersebut cepat atau perlahan, ia mempunyai rentak. Disebabkan gerakan anda berentak, lawan tidak dapat membebaskan diri darinya. Ini disebabkan gerakan anda terhasil dari keharmonian anda dengan seluruh dunia. Dan lawan merupakan wakil dunia yang anda hadapi, gerakannya merupakan sebahagian dari dunia, iaitu sebahagian dari rentak gerakan anda.

Rentak sentiasa berubah. Perubahan berterusan ini adalah alamiah dan boleh dijumpai dalam segala aspek. Maka, rentak yang sempurna bukan sahaja bergantung pada kelajuan dan bentuk pergerakan, malah kekuatan dan sebagainya, agar rentak terkandung dalam segala yang harmoni, dan menampilkan diri apabila segalanya tersusun dengan sempurna. Gerakan Taekwondo tidak menafikan rentak. Gerakan diaplikasikan pada rentak. Maka, gerakan sempurna dalam Taekwondo bagaikan tarian yang berentak.