<<Bahagian 2. Prinsip>>

Bab 7.
 
Tiada Musuh dalam TKD  

 

"Apa itu kekuatan?"

?..<menunjuk ke sungai yang mengalir>


Tiada musuh dalam Taekwondo. Implikasinya bukan sahaja bahawa Taekwondo adalah berkuasa, malah tiada sesiapa dianggap sebagai musuh. Adakah wajar bahawa pengamal Taekwondo tiada musuh sedangkan terdapat banyak konflik dalam kehidupan manusia? Ini disebabkan Taekwondo umpama herba yang tumbuh atas tanah konflik sementara proses herba mendapatkan mineral dan air dan tumbuh bukanlah perjuangan menghadapi lawan tetapi mengatasi diri. Taekwondo merupakan cara mengatasi segala gangguan. Walaupun pihak lawan merupakan bahagian penting dalam seluruh proses, dia bukanlah segalanya. Pengamal Taekwondo berlawan dalam keseimbangan dikalangan dirinya, lawan, keadaan dan musuh dalam diri. Ini bukanlah perlawanan yang menyebabkan pergelutan tetapi merupakan satu proses untuk membuang keinginan intrinsik yang dimiliki semua orang. Intipati Taekwondo seperti ini membawa kepada kekuatan, dan melaluinya kita boleh memastikan bahawa Taekwondo bukanlah untuk peperangan tetapi untuk keamanan.

Bagaimanakah kekuatan Taekwondo? Kekuatan merupakan keupayaan untuk menang setiap kali, yang mengimplikasikan bahawa seseorang boleh mendapat apa yang diingini, membuat apa yang disukai, lalu mencapai kehidupan yang bermakna. Apabila seseorang tidak boleh menang, dia telah gagal. Pengamal Taekwondo yang berlawan dengan dirinya, mahukan satu benda. Contoh: mengatasi diri, lawannya hanyalah sebagai pembantu untuk mengatasi diri. Makna kehidupan bergantung pada diri dan dia mesti bertanggungjawab atas keputusannya dan pencapaiannya antara diri dan dunia. Walaupun terdapat orang yang menganggap pengamal Taekwondo sebagai musuh, dia masih bukan musuh bagi pengamal Taekwondo. Disebabkan ini, pengamal Taekwondo adalah tenang dan berkelakuan normal dalam situasi yang ekstrim. Sebenarnya, musuh terdapat dalam diri. Segala yang dilakukan oleh pengamal Taekwondo di bawah kawalan diri menjadi semakin besar dan kuat secara tidak terhingga dan tanpa batas. Maka tiada musuh dapat mengatasi ! kekuatan Taekwondo.

Sebaliknya, musuh tidak wujud kerana tiada musuh dapat mengatasi pengamal Taekwondo. Maka tiada musuh tetapi terdapat 'lawan' yang mesti dihadapinya. Taekwondo merupakan proses dimana pengamal membesar dalam perjuangan terhadap diri. Maka, musuh, hanyalah sebahagian dari lawan, terdapat dalam diri dan sebahagian dari diri. Disebabkan lawan bukanlah musuh utama maka segala perubahan adalah tidak mustahil dan pengamal Taekwondo boleh menerima semuanya. Roh mengubah jasad. Disebabkan lawan bukan musuh, konflik utama tidak wujud maka pengamal Taekwondo boleh memasuki lawannya dan meletakkan lawannya dalam diri.