<<Bahagian 3. 3 bahan penting>>

Bab 18.
 
Memandang segalanya dengan Dedikasi

 

Pengamal Taekwondo ini, yang tahu benar dan salah, menjadi beretika secara alamiah dan kelakuan yang beretika adalah tahu membezakan betul dan salah, memilih yang benar dan meninggalkan yang salah. Kehidupan pengamal Taekwondo yang beretika adalah dedikasi dan dedikasi adalah minda waspada yang meletakkan segalanya pada kedudukan yang betul. Begitu jugalah dengan jalan Langit dalam aktiviti badan. Prinsip penggunaan badan dan minda adalah sama.

Anda perlu mengamati segalanya dengan dedikasi. Memandang diri adalah meletakkan segala kepunyaan diri dalam kedudukan yang betul bagi keinginan separa untuk mengawal segala aksi dan fikiran, anda juga perlu berhati-hati agar usaha anda tidak merosakkan hubungan dengan kawan. Maka anda perlu mengekalkan keseimbangan antara kesederhanaan dan ketidaksederhanaan yang terikat kepada kekosongan agar anda tidak kehilangan diri apabila memandang diri.

Perkara kedua yang perlu dilihat adalah hubungan anda dengan orang lain. Melihat hubungan adalah memastikan semua hubungan buruk berlawan antara satu sama lain dan selari dengan jalan Bumi. Dengan ini anda boleh mengekalkan keseimbangan keharmonian antara perkembangan semua dan mengekalkan adat yang baik dalam masyarakat supaya semua orang menghormati orang tua berikutan kemajuan dalam tamadun. Ini adalah tidak kehilangan manusia walaupun dalam proses melihat manusia.

Perkara ketiga yang perlu dilihat adalah alam sekeliling. Ia bermakna mengelak semua yang boleh mencederakan diri dengan memilih untuk mengikuti hanya yang berfaedah. Anda juga perlu berjaga-jaga agar penglihatan dan perbezaan tidak berlawanan. Maka, anda sebagai pengamal Taekwondo telah memadam dan menggambarkan diri pada waktu yang sama, dengan itu anda berada dimana-mana walaupun anda tiada di situ dan anda tidak berada di situ walaupun anda berada dimana-mana. Dengan itu, dimana sahaja anda berada kedudukan anda adalah penting manakala tempat di mana anda tidak berada harus dikosongkan. Ini adalah untuk mendapatkan kedudukan yang baik untuk melihat alam sekeliling.

Secara umumnya, semua prinsip manusia boleh diringkaskan dalam kesederhaan pemandangan ini. Pengamal Taekwondo hanya menemui prinsip ini dalam tindakan diri dan orang lain memandang ke luar. Jika ia dilakukan, dia boleh melengkapkan makna Taekwondo sebagai Mu dan prinsip kehidupan.